fbpx

Karangan Allahyarham Danial Danish mirip kemalangan sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar karangan Muhamad Danial Danish yang dimuat naik oleh bapa saudaranya, Azreen Mohamad di Facebook baru-baru ini.

PETALING JAYA – Karangan Allahyarham Muhammad Danial Danish yang maut dalam nahas empat kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1, Sabtu lalu, umpama seperti menceritakan hal sebelum kejadian sebenar berlaku.

Menerusi perkongsian bapa saudaranya, Azreen Mohamed di Facebook baru-baru ini menunjukkan satu tangkap layar karangan Bahasa Melayu yang ditulis oleh pelajar tingkatan dua itu.

“Karangan yang ditulis oleh anak buah yang meninggal, secara kebetulan mirip dengan kejadian sebenar. Semoga syurga tempat kamu wahai Muhammad Danial Danish,” luah Azreen.

Dalam karangan itu, Muhammad Danial Danish menulis ‘pada waktu itu di tengah jalan raya tengah sesak dan ada kereta merempuh kereta keluarga saya. Selepas dia merempuh dan kereta saya tidak boleh bergerak langsung’.

Tulisnya lagi, ‘keluarga saya telefon ‘towing’ (trak tunda), saya dan mak saya ikut orang yang menolong di tempat tadi dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang hingga pukul 3 pagi’.

Apa yang mengejutkan, Danial turut menulis, ‘saya bosan menunggu ‘towing’ ambil kita orang dan kereta itu ‘total loss’ (rosak keseluruhan).

Terdahulu, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, Muhamad Danial Danish Mohd. Ali, 12 bersama datuk, Mohmed@Mohamed Shamsuddin, 75 dan neneknya, Kamariah Hamzah, 72, meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Sementara itu, ibu Danial, Azrinawati Mohamad, 42, dan adiknya, Muhammad Danial Darwish serta tiga sepupunya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Temerloh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI