fbpx

Jangan terlalu dibuai mimpi – Jurgen Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menegaskan Liverpool tidak boleh dianggap sebagai pasukan pencabar kejuaraan ketika ini berdasarkan jurang mata yang begitu besar. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengingatkan barisan pemainnya supaya segera melupakan mimpi indah berpesta gol ke atas Bournemouth 9-0 kerana sedar tugas lebih getir menanti pasukan selepas ini.

Awal pagi esok, The Reds bakal melayan kunjungan Newcastle United di Anfield dan Klopp amat menagih aksi konsisten daripada semua pemainnya, sekali gus mampu mengembalikan pasukan di kedudukan lebih baik.

Tidak hanya misi mengembalikan status pasukan di kedudukan terbaik, Liverpool juga harus mengelak maruahnya tercalar kerana Newcastle belum lagi pernah menang di Anfield dalam kesemua 26 pertemuan sejak tahun 1995.

“Selepas ini kita akan menentang Newcastle United dan saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang berbeza berban­ding apa yang kita sudah harungi. Untuk raih kejayaan, kami perlu tunjukkan aksi konsisten.

“Itulah yang sedang kami lakukan dan sudah pasti kami akan memanfaatkan kekuatan yang kami ada. Kita akan nilai kualiti Newcastle dan selepas itu baru boleh buat perancangan untuk hadapi mereka.

“Kami perlu buktikan yang ini (kemenangan ke atas Bournemouth) baharu saja permulaan dan kami akan pastikan kejayaan ini dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, The Magpies yang dikendalikan oleh Eddie Howe sedang mengharungi musim dengan agak positif apabila belum lagi tewas dalam empat perlawanan awal, mencatatkan satu kemenangan dan tiga seri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI