fbpx

Hujan, ribut petir di empat negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan dan ribut petir diramalkan di empat negeri Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Sarawak melibatkan bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala, Sabah pula meliputi bahagian pedalaman selain Labuan.

“Dalam masa sama, tempat-tempat lain di Malaysia cuaca adalah baik serta tiada hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI