fbpx

Hijrah ke Indonesia? Ini jawapan Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING tidak terfikir untuk menetap terus di Indonesia jika mendapat tawaran melebarkan kerjayanya di sana.

KUALA LUMPUR – Pelakon cantik Anna Jobling tidak menolak untuk ‘berhijrah’ ke Indonesia sekiranya mendapat tawaran untuk melebarkan sayap kerjaya lakonannya di negara seberang itu.

Bagaimanapun menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, semua hal tersebut bergantung kepada rezekinya dan enggan meletak sebarang harapan yang tinggi.

“Pindah sana untuk kerja boleh dipertimbangkan tetapi untuk menetap selama-lamanya di Indonesia, mungkin tidak.

“Namun, saya pun tak tahu rezeki yang akan diberikan Tuhan. Ada kemungkinan untuk saya menetap dan bekerja di sana tetapi pastinya akan kerap pulang ke tanah air memandangkan keluarga semuanya di Malaysia,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Tambahnya yang meledak menerusi drama Melur Untuk Firdaus, dia harus mempertimbangkan hal berhijrah tersebut kerana tidak mampu untuk berpisah dengan keluarga dalam tempoh yang lama.

“Keluarga semua di sini dan tak boleh nak tinggal di sana lama-lama.

“Sebelum ini saya ke England pun, rasa tak sabar nak pulang ke tanah air,” ujarnya.

Ditanya mengenai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, pelakon berdarah kacukan Melayu-England itu tidak berdalih dan mengakui pemergiannya ke sana bagi mengintai dan berbincang beberapa tawaran meluaskan kerjaya di Indonesia.

“Ya, selain memenuhi jemputan stesen televisyen, kami juga ada berbincang untuk beberapa projek akan datang.

“Ibaratnya kami ke sana seperti test water (menilai situasi sebelum memulakan langkah seterusnya),” jelasnya ringkas.

Sementara itu, dia turut teruja dengan sambutan yang diberi peminat Indonesia walaupun kurang seminggu berada di sana.

Teruja berkongsi, Anna memberitahu dia menerima sebanyak 600 hadiah daripada peminat Indonesia.

“Semua orang ‘gila’ tetapi dalam cara yang sangat baik.

“Mereka menerima kehadiran dan melayan kami dengan meriah. Seperti berada di rumah kedua.

“Paling seronok apabila menerima ratusan hadiah. Antaranya ialah ada yang menanam ratusan pokok di bawah nama saya. Sokongan mereka sangat menakjubkan,” katanya lagi.

Anna kini merupakan antara selebriti tanah air yang berjaya mencipta populariti di Indonesia selepas drama lakonannya bersama aktor Meerqeen meledak di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI