fbpx

GM Klang anjur kempen sempena sambutan 3 perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG –  Pusat Borong GM Klang melancarkan  kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2022 padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang disajikan kepada pengunjung bermula hari ini sehingga 17 September depan.

Pengurus Komunikasi Jenama, Norsuhaida Othman berkata, antara yang menarik adalah program Belanja & Tebus yang mana pengunjung boleh menebus baju T eksklusif apabila berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas sepanjang tempoh kempen.

Aktiviti lain adalah pencarian harta karun, pencarian fesyen merdeka, persembahan nyanyian, kumpulan pancaragam, pertandingan mewarna tanglung kanak-kanak dan penampilan khas maskot GM Klang.

“Kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2022’ dicipta hasil gabungan tiga perayaan yang akan disambut pada Ogos dan September iaitu Hari Kebangsaan, Perayaan Kuih Bulan dan Hari Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Norsuhaida menerangkan, ketiga-tiga perayaan itu  mempunyai satu objektif kebersamaan yang mana penyatuan keluarga, rakan-rakan, komuniti setempat malah seluruh rakyat Malaysia meraikannya bersama-sama. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI