fbpx

‘Di negara kami tiada perarakan tentera seperti ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar Dataran Merdeka awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan kemerdekaan ini bukan sahaja buat rakyat Malaysia tetapi turut dirasai pelancong luar negara.

Pelancong dari Sweden, Sarah Caspers, 32, berkata sambutan yang sangat meriah dan teruja untuk menantikan persembahan yang akan ditunjukkan.

Katanya, selepas dua tahun dilanda Covid-19, semua orang boleh kumpul semula dan hari ini boleh dikatakan sangat indah buatnya sekeluarga kerana dapat sertai sambutan kemerdekaan Malaysia.

“Kami bangun seawal pukul 4 pagi, dan beranggap boleh mendapat tempat duduk tetapi waktu itu sudah penuh tempat duduk.

“Kami sangat teruja menunggu perarakan ketenteraan kerana di Sweden kami tidak mempunyai perarakan seperti ini, ini pertama kali dan tidak sabar lihat bagaimana mereka persembahkannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Dataran Merdeka, di sini.

Sementara itu, Arvid Gubström, 11, berkata Malaysia adalah sebuah negara yang meriah dan saling menghormati meskipun, berbilang bangsa.

“Setelah enam bulan saya tinggal di Malaysia, banyak budaya yang menghormati antara satu sama lain, kami rasa sangat selamat di sini, dan teruja dengan suasana pada hari ini,” ujarnya.

Manakala menurut rakannya, Valentine Casper, 11, keterujaan melihat aset ketenteraan seperti kereta kebal, kapal terbang dan lain-lain.

“Sambutan ini sangat bermakna buat saya, perkara yang ditunggu-tunggu bagi saya adalah perarakan ketenteraan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI