fbpx

Covid-19: 2,144 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,144 kes semalam termasuk satu kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,742,205 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,549 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,712,915 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 31,159 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 409.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 462 diikuti Selangor (419), Sabah (220), Perak (167), Sarawak (138), Kelantan (113), Melaka (108), Kedah (103) dan Negeri Sembilan (101).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Pulau Pinang (98), Johor (80), Pahang (54), Terengganu (39), Putrajaya (30), Labuan (7) dan Perlis (5),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,210.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,695 setakat ini.

Sebanyak 29,784 kes dikuarantin di rumah, 15 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,288 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 50 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI