fbpx

Citaglobal meterai perjanjian dengan IPPSB bernilai RM373.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan utama kontrak EPC bagi kerja reka bentuk, pembinaan dan kelengkapan fasa satu Pelabuhan Darat Perlis.

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Land Sdn Bhd  telah memeterai perjanjian kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (perjanjian EPC) dengan Inland Port Perlis Sdn Bhd (IPPSB).

Perjanjian untuk kerja reka bentuk, pembinaan dan kelengkapan fasa satu Pelabuhan Darat Perlis (PIP) itu akan melibatkan kontrak bernilai RM373.5 juta.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, Citaglobal akan melaksanakan kontrak EPC ini untuk tempoh 24 bulan bermula dari tarikh pemilikan tapak.

Kontrak itu telah diperolehi oleh Citaglobal melalui bidaan tender yang dijalankan oleh IPPSB.

Mengulas lanjut mengenai projek tersebut, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, dengan pemerolehan itu, buku pesanan sedia ada Citaglobal pada 30 Jun 2022 meningkat hampir dua kali ganda daripada RM381 juta kepada kira-kira RM755 juta.

Tambah beliau, kontrak tersebut juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan  kumpulan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, 31 Disember 2023 dan 31 Disember 2024.

“Ini adalah satu lagi pencapaian penting bagi Citaglobal dan bukti keupayaan Kumpulan untuk
mendapatkan projek bernilai tinggi.

“Citaglobal kini berada di landasan kukuh pada asasnya,selepas tempoh penyatuan dan penyelarasan perniagaan dan operasinya”  katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

IPPSB adalah pemaju induk untuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis di atas tanah seluas 200.11 hektar.

PIP adalah sebahagian daripada pelan pembangunan utama oleh negeri Perlis untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan di kawasan itu menerusi terminal pelabuhan darat bagi mengendalikan pemuatan, pemunggahan dan pengangkutan semula kontena kargo antara
Malaysia dan Thailand.

Ini adalah sebahagian daripada pembangunan keseluruhan yang sedang dimajukan oleh negeri
Perlis dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Citaglobal telah mencatat rekod prestasi yang kukuh dengan NCIA melalui projek Kedah
Rubber City Fasa 1 yang sedang dijalankan di Kuala Nerang, Kedah.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI