fbpx

Berakit susur Sungai Kuala Betis bawa Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta yang menyertai aktiviti berakit sejauh 12 kilometer di Sungai Kuala Betis di RPS Kuala Betis, Gua Musang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 200 peserta menyertai aktiviti berakit membawa bendera Jalur Gemilang menyusuri Sungai Peragat ke Sungai Kuala Betis di perkampungan Orang Asli, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini hari ini.

Program anjuran Kelab Rukun Tetangga (RKT) RPS Kuala Betis bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dalam kalangan 22 KRT di daerah ini.

Pengerusi KRT Kuala Betis, Mohd. Farhan Abdullah, 32, berkata, program berakit itu menggunakan 50 buah rakit buluh sejauh 12 kilometer yang mengambil masa dua jam.

Katanya, selain membangkitkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan, program ini mampu memberi kesan positif kepada sektor pelancongan tempatan.

“Kita berharap wakil kerajaan atau korporat dapat mempromosikan aktiviti berakit di Sungai Kuala Betis yang kurang mendapat sambutan meskipun ia berdekatan dengan kampung Orang Asli,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Semarak Merdeka Bamboo Rafting 2022 di RPS Kuala Betis di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, program berakit itu dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat luar.

Katanya, selain menikmati keindahan semula jadi di kawasan kampung Orang Asli, peserta yang terlibat juga diberi pendedahan berkaitan tempat dan sejarah perkampungan Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI