fbpx

Belum sedia maaf pelaku anak mati dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hizanawati menunjukkan gambar anak lelakinya sebelum mangsa maut dalam kebakaran di Puncak Alam Fasa 3 Ahad lalu.

KUALA SELANGOR – Ibu seorang remaja yang maut dipercayai akibat gurauan melampau rakannya memberitahu, salah seorang rakan arwah telah datang memohon maaf kepadanya, namun dia perlu mengambil masa untuk mengampunkan mereka.

Hizanawati Abu Bakar, 48, berkata, remaja itu memohon maaf berulang kali sambil menangis kepadanya sambil menyatakan kekesalannya.

“Bagaimanapun, saya memberitahunya ia akan mengambil masa untuk saya memaafkannya. Selain itu, dia sentiasa bersedia untuk menawarkan diri bagi membantu kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam Kosmo! melaporkan Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, ditemui dengan kesan melecur di dalam sebuah tandas pada pukul 2.38 petang Ahad lalu dalam kejadian kebakaran di sebuah tandas terbiar di Puncak Alam Fasa 3.

Kebakaran berlaku apabila dua rakan mangsa bergurau de­ngan membakar sesuatu di hadapan pintu masuk bangunan itu sehingga meragut nyawa mangsa. Ketika ditemui, terdapat kesan melecur pada badan mangsa.

Menurut Hizanawati, gurauan itu sangat melampau kerana meragut nyawa anaknya.

“Saya bimbang kejadian sama berlaku kepada orang lain. Biar pun reda dengan ketentuan

Allah, saya dan semua ahli keluarga akan mengikuti perkemba­ngan Allahyarham Muhammad Damin dari semasa ke semasa,” kata ibu kepada enam anak itu.

Ujar Hazinawati, sudah tertulis anaknya menemui ajal dan turut menjadi insan terpilih untuk mati syahid.

Hizanawati memaklumkan jenazah Muhammad anak kelima itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI