fbpx

Bayi dilahirkan dengan bahagian kaki berbentuk seperti tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi ini dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.01 kg. - SWNS/Newslions

NEW DELHI – Seorang bayi yang dilahirkan di India memiliki struktur seperti tanduk pada  bahagia bawah tubuhnya bagi menggantikan anggota kaki, lapor akhbar Mirror UK  kelmarin.

Bayi luar biasa itu dilahirkan di Pusat Kesihatan Utama Manpura, daerah Shivpuri di tengah India.

Doktor-doktor  di Pusat Kesihatan Utama Manpura segera merujuk bayi dan ibunya ke Hospital Daerah Shivpuri.

Menurut laporan media  tempatan, seorang doktor di hospital berkata bahawa bayi yang baru lahir itu mengalami gangguan tumbesaran dan tidak cukup bulan.

Bagaimanapun, bayi tersebut terus berada  dalam keadaan stabil.

Bayi itu telah diletakkan di bawah pengawasan doktor khas di Unit Penjagaan Bayi Baru Lahir Khas (SNCU) hospital itu.

Anak kecil itu dipuji sebagai ‘keajaiban alam’,  malah telah dibandingkan dengan versi penjelmaan semula dewa menurut kepercayaan masyarakat Hindu.

Beberapa gambar luar biasa tular menunjukkan kanak-kanak itu yang dilahirkan dengan berat hanya 1.01 kilogram (kg) . – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI