fbpx

Allah jaga aib orang yang bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bukan sahaja dosa, malah setiap perbuatan manusia akan ditunjuk semula pada hari kiamat.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, bagaimanapun, dosa itu akan terpadam sekiranya individu tersebut bertaubat dan ia diterima.

“Maka dosa yang dipadamkan tidak akan ditayangkan pada hari kiamat dan hanya Allah SWT yang mengetahui sampai bila-bila.

“Namun, jika kita tidak taubat, dosa itu ada dalam buku dan akan dibaca serta ditunjukkan,” katanya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan hadirin berkenaan peristiwa di Padang Mahsyar.

Azhar berkata, umat Islam hendaklah bertaubat bagi menjaga aib dan hubungan dengan Allah SWT.

“Kita perlu taubat supaya perkara yang baik-baik saja tinggal dan yang ‘hodoh’ tidak disiarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI