fbpx

Ada doktor hidap kanser payudara jumpa bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Imi Sair (tengah, berbaju batik) bergambar bersama ahli Kedara yang hadir ke Seminar Kanser Payudara 'Setulus Hatimu' di Hotel Grand Renai, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Segelintir golongan profesional termasuk doktor dikesan menggunakan khidmat rawatan tradisional atau bomoh bagi merawat penyakit yang dihidapi mereka pada peringkat awal.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara Dan Endokrin, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr. Imi Sairi Ab. Hadi berkata, berdasarkan maklumat, ada golongan doktor berusia dalam lingkungan 30-an mengakui mereka mendapat rawatan awal daripada bomoh.

Menurutnya, bagaimanapun, kes yang dikesan sejak lima tahun kebelakangan ini amat terpencil dan ia melibatkan segelintir golongan doktor.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka (doktor) yang berjumpa bomoh itu menghidap kanser payudara tahap dua hingga tiga. Selepas berusaha dengan kaedah tradisional, mereka tetap datang ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka terpengaruh dengan desakan ahli keluarga untuk mendapat rawatan awal dengan bomoh, namun akhirnya tetap pergi ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Seminar Kanser Payudara ‘Setulus Hatimu’ di Hotel Grand Renai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Imi Sairi yang juga pengasas Kedara berkata, selain golongan profesional, orang awam yang menghidap kanser di Kelantan didapati turut memilih untuk mendapatkan rawatan tradisional sebelum merujuk penyakit mereka ke hospital.

Menurutnya, ia menunjukkan bahawa tahap kesedaran mengenai kanser payudara dalam kalangan masyarakat masih rendah.

“Penghidap kanser payu dara di Kelantan paling dikesan di daerah Pasir Mas diikuti Kota Bharu. Kebanyakan daripada mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Oleh itu, individu yang dikesan menghidap kanser payudara disarankan supaya segera menjalani ujian saringan mamogram bagi mengenal pasti tahap penyakit masing-masing sebelum mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI