fbpx

15 bayi merdeka termasuk kembar lahir di HTJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ibu dan bayi merdeka yang diraikan sempena lawatan Ahli Lembaga Pelawat HTJ di Bangunan Wanita dan Kanak-kanak HTJ, di sini, hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seramai 15 ‘bayi merdeka’ termasuk kembar lelaki dilahirkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, di sini, bermula pukul 12.22 pagi sehingga pukul 2 petang tadi.

Kesemua bayi bertuah berkenaan diraikan oleh Ahli Lembaga Pelawat HTJ diketuai Pengerusinya, Datuk Hashim Rusdi dengan penyampaian cenderhati berupa kelengkapan bayi.

Menurut Pengarah HTJ, Dr. Zaleha Md Noor, warga hospital sangat gembira dapat meraikan ibu-ibu yang melahirkan anak di hari istimewa rakyat di negara ini meraikan kemerdekaan negara.

“Hari ini kita meraikan sembilan bayi lelaki dan selebihnya enam bayi perempuan. Dari jumlah berkenaan 12 daripadanya merupakan Melayu, dua India dan seorang bayi Cina.

“Tahun ini cukup istimewa kerana kita sama-sama dapat menyambut bayi merdeka dengan meriah berbanding semasa dua tahun pandemik lalu,” katanya ketika ditemui dalam lawatan Ahli Lembaga Pelawat HTJ di Bangunan Wanita dan Kanak-kanak HTJ, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI