fbpx

Untung bersih WGB naik empat kali ganda kepada RM7.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakar pengurusan fasiliti pembinaan dan bersepadu, Widad Group Berhad (WGB) mencatat keuntungan bersih suku kedua tertinggi dalam sejarah korporatnya, melonjak lebih empat kali kepada RM7.4 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun berbanding RM1.4 juta  tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil Kumpulan juga meningkat dengan ketara sebanyak 59.2 peratus kepada RM49.5 juta
pada suku tersebut berbanding  RM31.1 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Pengarah Urusan WGB, Datuk Dr Mohd. Rizal Mohd. Jaafar berkata, perolehan yang lebih tinggi itu dicapai disebabkan kerja-kerja pembinaan yang dimulakan semula berikutan pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakan pada separuh kedua tahun kewangan 2021.

Menurut beliau, selaras dengan keuntungan yang bertambah baik, margin keuntungan bersih WGB pada suku kedua meningkat kepada hampir 15 peratus berbanding 5.8 peratus pada suku yang sama tahun kewangan lalu.

“Operasi kami telah kembali ke tahap prapandemik, dan sebenarnya, hasil kami pada 2QFY22 untuk kedua-dua segmen pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu (IFM)
adalah lebih tinggi daripada apa yang dilihat pada suku kedua 2019.

“Walaupun kami kekal berhati-hati optimistik terhadap tinjauan keseluruhan, kami percaya bahawa WGB akan menjadi penerima manfaat pemulihan ekonomi pada separuh kedua serta aktiviti pembinaan yang bertambah baik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mohd. Rizal menjelaskan, sehingga Jun 2022, WGB mempunyai buku pesanan tertunggak bernilai RM1.43 bilion dan ini akan menjadi kunci dalam meningkatkan prestasi kami dengan pantas. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI