fbpx

Suami ‘derhaka pada Allah’ angkara abai isteri lebihkan ibu, adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar.

PETALING JAYA – Seorang suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dengan melebih-lebihkan ibunya dan adik-beradik lain dianggap derhaka pada Allah SWT.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menerusi sesi ceramah yang disampaikannya ketika menjawab soalan salah seorang pengguna media sosial.

Katanya, seorang suami itu dianggap derhaka kepada Allah atas tindakannya mengabaikan tanggungjawab ke atas isterinya itu.

“Hukumnya, d dianggap derhaka pada Allah kerana tiada istilah lelaki derhaka kepada isteri.

“Kalau suami, dia wajib menjaga anak dan isterinya, tiba-tiba dia abaikan dan maka dengan itu dia dianggap melanggar perintah Allah,” katanya.

Tambah Ustaz Azhar, selain menjaga keperluan keluarga, tugas suami juga perlu memastikan isteri dan anak-anaknya terhindar daripada seksaan api neraka.

“Suami kena ajar mana-mana perkara yang haram dilakukan, supaya isteri dana nak-anak tidak buat bagi hindar dari masuk api neraka.

“Setiap orang yang ada anak dan isteri, akan disoal tentang anak dan isteri mereka pada hari kiamat, jadi wajib jaga semuanya jangan abaikan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI