fbpx

Sejuk mata memandang, Zul Ariffin tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL Ariffin berkongsi video memaparkan dia selesai mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin yang kini berada di Tanah Suci Mekah menzahirkan kesyukuran sebaik selesai menunaikan ibadah umrah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, aktor berusia 36 tahun itu berkongsi sebuah video pendek menunjukkan dia berada di hadapan Kaabah sambil tersenyum memandang ke arah kamera.

Pada ruangan kapsyen, Zul hanya berkongsi emoji berbentuk Kaabah, tangan (menadah doa) dan simbol hati sebagai simbolik kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi foto bergambar berlatarbelakangkan Kaabah serta ribuan jemaah lain yang turut berada di Mekah.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut  Instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan gembira apabila pelakon kesayangan mereka dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi dambaan seluruh umat Islam tersebut.

Malah, ada antara netizen mendakwa wajah pelakon itu kelihatan berseri-seri ketika berada di Mekah dalam berpakaian ihram.

“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah,” kata seorang peminatnya.

“Sejuk mata memandang,” puji seorang lagi peminatnya.

“Alhamdulillah. Doakan kamu semua dapat ke sana lagi (Mekah). Semoga mendapat ibadah umrah yang mabrur, diberikan keberkatan dan kesihatan yang baik,” doa seorang pengguna Instagram.

Difahamkan pelakon yang bakal muncul menerusi filem Juang itu terlebih dahulu berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI