fbpx

Remaja penyayang maut jatuh kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak panah menunjukkan arah seorang mangsa terjatuh di bumbung konkrit dari tingkat 11 Kondominium Bay Star, Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Luluh hati sepasang suami isteri apabila anak perempuan yang dicari ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas remaja itu dipercayai terjatuh dari tingkat 11 Kondominium Bay Star, Persiaran Bayan Indah, Ba­yan Baru di sini semalam.

Mayat mangsa berusia 13 tahun itu ditemui di atas bumbung konkrit tempat letak kenderaan di ba­ngunan perumahan tersebut selepas dia dipercayai terjatuh dari balkoni dapur pada pukul 5 pagi.

Difahamkan, mayat mang­sa ditemui ibu bapanya sendiri selepas pasangan tersebut dikatakan berusaha me­ncari mangsa sehingga ke pekarangan kondominium.

Seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Hosin, 40-an berkata, pasangan itu dilihat dalam keadaan mundar-mandir di kawasan bawah tempat meletak kereta dan lobi sebelum datang ke pondok pengawal.

“Mereka ada bertanyakan sama ada nampak atau tidak kelibat anak mereka. Kami memang langsung tak nampak mangsa keluar melalui pintu pagar utama dari awal pagi.

“Pasangan itu kemudian naik semula ke atas sebelum terkejut apabila ternampak mayat ­mangsa di atas bumbung tempat letak kereta ketika menje­ngah dari balkoni rumah mereka di tingkat 11,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

Menurut Hosin, biasanya mangsa akan keluar bersama keluarganya dan jarang dilihat berjalan seorang diri kecuali ketika pergi dan balik sekolah.

“Apa yang kami boleh katakan ialah dia seorang remaja yang baik dan sangat sayangkan adik-adiknya,” tambahnya.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin memberitahu, pihaknya menerima panggilan bantuan menyelamat dari pihak hospital pada pukul 6.48 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di tempat kejadian. Mayat mangsa diturun­kan menggunakan pengusung dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI