fbpx

Polis siasat Ahmad Zahid, 12 laporan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan rakaman video ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada taklimat khas Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, siasatan sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Sehingga kini ini polis menerima sebanyak 12 laporan ke atas Ahmad Zahid.

“Susulan itu, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Laporan itu dibuat selepas Ahmad Zahid berucap dalam Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL yang dihadiri oleh ribuan penyokong parti itu pada Sabtu lalu.

Presiden UMNO itu didakwa secara terbuka mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI