fbpx

Polis selesai siasat kes pendakwah bebas rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Siasatan kes berkenaan seorang pendakwah bebas yang didakwa merogol seorang remaja 14 tahun sudah selesai dan sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan tersebut kini sedang diteliti oleh timbalan pendakwa raya.

“Pihak timbalan pendakwa raya akan menentukan sebelum membuat keputusan dan teliti kertas siasatan sama perlukan keterangan tambahan atau lain-lain.

“Buat masa ini, saya tidak boleh beri sebarang kenyataan kemungkinan akan didakwa atau tidak, kita tunggu arahan timbalan pendakwa raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang pendakwah bebas ditahan di IPD Kuala Selangor selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 14 tahun.

Sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan mangsa yang sama.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu dan telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI