fbpx

Petronas rekod prestasi kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas mencatatkan prestasi mantap untuk separuh tahun pertama 2022 di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan dalam pasaran tenaga dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

Dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, Kumpulan mencatatkan hasil RM172.1 bilion berbanding RM109.6 bilion pada separuh tahun pertama 2021, terutamanya disebabkan impak harga menggalakkan untuk produk utamanya, sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Keuntungan selepas cukai berjumlah RM46.4 bilion berbanding RM18.8 bilion tahun lalu, seiring dengan hasil lebih tinggi berikutan arah aliran harga menaik yang sebahagiannya diimbangi oleh kos produk dan cukai lebih tinggi.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan pula meningkat kepada RM82.7 bilion berbanding RM46 bilion sebelumnya, terutamanya disebabkan hasil lebih tinggi yang diimbangi sebahagiannya oleh peningkatan dalam kos produk dan perbelanjaan operasi lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, lonjakan dan prestasi kukuh pada separuh pertama 2022 menunjukkan komitmen syarikat dalam melaksanakan semua langkah yang perlu untuk kekal berdaya tahan.

“Sejajar dengan strategi pertumbuhan serampang tiga mata kami dan Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050, Petronas kekal teguh dalam memastikan tenaga terus dihasilkan dan disampaikan secara bertanggungjawab dan mampan.

“Untuk tujuan ini, usaha Petronas menjurus untuk terus mengukuhkan ekosistem tenaga di mana sahaja kami beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI