fbpx

MPK ambil tindakan selesaikan isu perbandaran Taman Mutiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha MPK, Elya Marini Darmin (depan)  bersama wakil jabatan mengadakan lawatan prihatin ke Taman Mutiara Bukit Raja, baru-baru ini.

KLANG – Rintihan 1,000 penduduk Taman Mutiara Bukit Raja di sini yang dinafikan hak kemudahannya sebelum ini mendapat tindakan sewajarnya apabila pemasalahan itu akan diselesaikan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam masa terdekat.

Pengarah Komunikasi MPK, Norfiza Mahfiz berkata, isu yang dikenalpasti itu antaranya penyelenggaraan longkang, landskap, struktur haram dan kenderaan terbiar.

Katanya, semua jabatan dalaman  berkaitan sedang memproses penyelesaian aduan berbangkit bagi memastikan penduduk kawasan itu menikmati persekitaran kondusif.

“Jabatan itu akan menyelesaikan isu berkenaan dalam masa terdekat dan dipantau dari semasa ke semasa.

“MPK amat mengalukan semua aduan atau cadangan dan menitikberatkan pengurusannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini meliputi kemudahan taman permainan yang rosak dan tidak diselenggara, timbunan sampah terutama pukal yang tidak diangkut serta saliran longkang tersumbat.

Jelas Norfiza, kontraktor KDEB Waste Management (KDEBWM) sudah melakukan kerja pemotongan rumput pada 24 Ogos  lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI