fbpx

Mekanik bunuh kekasih berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Amin (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini. /FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang mekanik yang didakwa membunuh kekasihnya minggu lalu dengan menekup muka menggunakan bantal berdepan tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Amirul Amin dituduh membunuh Nurul Shahira Abdullah, 24, di rumah lot bernombor 4475, Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan di sini pukul 7.18 petang pada 24 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli manakala tertuduh diwakili Peguam Althea Suraya Rahmat.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Kosmo! pada 27 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya dengan menekup muka menggunakan bantal setelah kekasihnya mahu memutuskan hubungan percintaan mereka di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI