fbpx

Maritim tumpaskan sindiket diesel Perairan Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA buah lori tangki digunakan untuk mengepam masuk minyak dipercayai jenis diesel Euro 5 ke dalam tongkang yang diubah suai menjadi tangki penyimpanan.

ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah tongkang yang diubah suai menjadi tangki penyimpanan bahan api.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, tongkang tersebut ditahan di Perairan Melaka kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 25 Ogos lalu.

Menurut beliau, hasil maklumat aduan awam membawa kepada penahanan tongkang OCEANLINK235 dalam operasi khas di kedudukan 0.5 batu nautika Barat Laut Pulau Upeh.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terdapat empat lori tangki berada di darat dan satu daripadanya sedang mengepam masuk minyak dipercayai jenis diesel Euro 5 ke dalam tongkang tersebut.

“Dua penjaga tongkang, lima pemandu serta kelindan lori tangki warga tempatan berumur lingkungan 31 hingga 59 tahun yang berada di darat tambak telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Iskandar berkata, kesemua lori tangki, penjaga tongkang dan pemandu lori dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Linggi di sini dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, anggaran keseluruhan rampasan minyak serta tongkang berkenaan berjumlah kira-kira RM600,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI