fbpx

Majuperak, MAIPk meterai MoU pemasangan panel solar di 20 masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar (kanan) dan Redza Rafiq (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Nizran (dua dari kiri) dan Shahrul Azam (dua dari kanan) pada majlis memeterai MoU di Ipoh hari ini.

IPOH – Majuperak Holdings Berhad (MHB) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan projek pemasangan panel solar jenis fotovoltaik (PV) di 20 buah masjid di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin berkata, pemasangan panel solar PV dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.25 juta itu membabitkan masjid di daerah Manjung, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Kerian.

Katanya, pemasangan panel-panel solar itu dilakukan secara percuma tanpa sebarang kos yang akan dikenakan kepada semua masjid di zon dua.

“Kerjasama yang dibentuk oleh MHB dan United Solar Energy (Malaysia) Sdn. Bhd. (USEM) melalui skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) ini merupakan inisiatif yang akan memberi impak besar kepada pihak masjid.

“Ini kerana, pemasangan panel solar itu bukan sahaja akan menyumbang kepada penjimatan tenaga elektrik di semua masjid terlibat malah dapat membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida,” katanya ketika ditemui selepas memeterai MoU tersebut di sini hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Nizran yang mewakili MHB dan MAIPk pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari dengan disaksikan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Menurut beliau, sebarang urusan dan kos penyelenggaraan panel solar yang dijangka siap pada Jun tahun depan akan ditanggung oleh USEM selama tempoh perjanjian berlangsung.

“Suka untuk saya maklumkan bahawa Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (Sare) selama 20 tahun akan ditandatangani sebelum proses pemasangan panel solar dimulakan. Kesemua panel solar yang dipasang akan menjadi hak milik kekal masjid selepas tamat tempoh perjanjian berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI