fbpx

Lewandowski jelmaan Messi di Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI berjaya meledak dua gol buat Barcelona awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Penggempur utama Barcelona, Robert Lewandowski meneruskan permulaan cemerlangnya bersama kelab baharu itu apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Real Valladolid pada aksi La Liga di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.

Ia adalah jaringan keempatnya dalam tiga perlawanan bersama The Catalans sejak berhijrah daripada Bayern Munich dengan harga €45 juta (RM200.43 juta) dan berpotensi meningkat sehingga €50 juta (RM222.70 juta) pertengahan bulan lalu.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez tanpa berselindung mengakui, beliau beruntung kerana memiliki penyerang berkualiti tinggi seperti Lewandowski walaupun sudah berusia 34 tahun sekali gus mengimbau ketajaman Lionel Messi.

“Anda sangat bertuah apabila mempunyai Lewandowski dalam pasukan anda. Dia bukan sahaja mesin gol tetapi seorang pemimpin semula jadi.

“Dia adalah contoh paling baik tetapi sentiasa merendah diri. Dia bekerja keras untuk pasukan, membantu jurulatih dan segala-gala yang dilakukannya sangat mengagumkan,” ­katanya.

Kapten Poland itu meledak dua gol pada minit ke-24 dan 64, manakala dua lagi jaringan Barcelona dalam aksi itu dija­ringkan oleh Pedri (m-43) serta Sergi Roberto (m-92).

Kemenangan itu memboleh­kan Barcelona melonjak ke tangga ketiga menerusi kutipan tujuh mata daripada tiga perlawanan selepas terdahulu seri tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano sebelum menang 4-1 ke atas Real Sociedad.

Selepas ini, Barcelona akan meneruskan saingan La Liga menentang Sevilla pada 4 September sebelum membuka kempen Kumpulan C Liga Juara-Juara bertemu wakil Republik Czech, Viktoria Plzen empat hari kemudian.

Selain Barcelona dan Viktoria, turut berada dalam sai­ngan Kumpulan C yang dianggap kumpulan maut ialah Bayern dan gergasi Itali, Inter Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN