fbpx

Lelaki Britain miliki timun paling panjang, 1.1 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suski bersama timun yang ditanam selama tiga bulan dan mencecah panjang sehingga 1.1 meter. - Guiness

LONDON – Seorang lelaki di Southampton, Britain memecahkan Guinness World Records kategori tanaman timun terpanjang dengan catatan 1.1 meter, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Sebastian Suski yang merupakan seorang petani berkata, dia ‘membesarkan’ timun tersebut di kebunnya sejak 25 Mei lalu.

“Menanam timun yang memiliki panjang luar biasa adalah berisiko dan rumit .

“Jika anda memotongnya  terlalu cepat, anda tidak akan berjaya memecahkan rekod tetapi jika anda membiarkannya terlalu lama, anda akan memasuki zon bahaya kerana ia berisiko membusuk dan ‘meletup’,” ujar Suski.

Tambah Suski, rahsianya adalah menyiram timun itu menggunakan air suam berbanding air bersuhu normal pada setiap hari.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa tidak akan menjadikan timun itu  sebagai hidangan,  sebaliknya akan meletakkannya di bangsal pereputan untuk menyerap benihnya kembali ke dalam tanah.

“Timun ini tidak sedap untuk dimakan kerana sudah terlalu masak jadi saya biarkan ia mereput dan menjadi baja kepada tanaman baharu,” kata Suski.

Timun seberat 7.7 kilogram itu boleh dijadikan ramuan untuk 400 keping sandwic jika ia dipotong. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI