NAMA anggota kumpulan ENHYPEN iaitu Jake kini sedang memanas gara-gara satu hantaran dalam komuniti online mendedahkan beberapa keping gambar miripnya.
Gambar berkenaan dirakam di sebuah kawasan terbuka di Itaewon memaparkan seorang lelaki persis penyanyi itu memakai topi berwarna hitam dan pelitup muka.
Lelaki didakwa Jake itu dilihat mendekati beberapa orang wanita yang berada di situ dengan meminta pemetik api sambil sebatang rokok berada pada mulutnya.
Biarpun nampak biasa tetapi sebenarnya gambar sebegitu merumuskan tentang keadaan seorang lelaki yang cuba mendekati wanita atau istilah dipanggil ‘hunting for a girls’ di negara tersebut.
Selepas foto tersebut tersebar, netizen mula mempertikaikan adakah itu benar Jake dan apa motif dia meminta pemetik api daripada wanita berbeza sedangkan dirinya boleh membeli di mana-mana kedai.
“Tak kisahlah dia merokok sebab dia dah besar. Tapi meminta pemetik api daripada perempuan, itu melampau,” kata netizen.
Biarpun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan agensinya terhadap tuduhan tersebut, namun Jake menerusi aplikasi Weverse baru-baru ini tampil menafikan lelaki yang tular itu adalah dirinya dan meminta peminat mempercayai kata-katanya.