fbpx

Dua lelaki dicekup tak sempat minum ‘tonik’ ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan ketika hendak minum 'tonik' ketum di sebuah rumah di Kangkar Tebrau, di sini semalam.

JOHOR BAHRU – Hasrat dua lelaki untuk mendapatkan ‘tonik’ di sebuah rumah di Kangkar Tebrau, di sini terbantut apabila diserbu pihak polis semalam.

Dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, polis menahan suspek berusia 25 dan 28 tahun dan merampas 110 bungkus plastik lutsinar berisi cecair yang disyaki air ketum.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan yang dibuat itu adalah hasil intipan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek tersebut datang ke rumah berkenaan untuk minum air ketum sebelum diberkas polis.

“Ketika serbuan dilakukan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, hanya dua suspek itu berada di lokasi manakala pemilik rumah tidak ada di rumah semasa serbuan dibuat.

“Hasil serbuan telah berjaya merampas dua tong plastik yang mana didalamnya mengandungi 110 bungkus plastik berisi cecair disyaki air ketum. Setiap satu bungkus dianggarkan berisi satu liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas sebuah bag yang mengandungi 13 botol cecair disyaki ubat batuk ‘kodien’ seberat 1.2 liter.

Raub berkata, siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan sarang untuk memproses, menjual dan minum air ketum yang beroperasi sejak sebulan lalu. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI