fbpx

Cuaca buruk di 4 negeri hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan beberapa kawasan yang dilihat sedang dilanda hujan lebat serta ribut petir ketika ini dijangka berterusan sehingga lewat petang nanti,

Katanya, antara kawasan terlibat adalah Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

Tambah MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Selain itu di Sabah, cuaca buruk yang sama juga berlaku sekitar Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat sehingga pukul 7 petang hari ini,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI