fbpx

Bekas imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun kritik penganjuran konsert di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saleh didakwa mengkritik kerajaan Arab Saudi dalam salah satu ceramahnya menerusi laman YouTube. - The Morning Chronicle

RIYADH – Seorang bekas imam Masjidil Haram di  kota suci  Mekah dihukum penjara 10 tahun selepas didakwa mengkritik kerajaan Arab Saudi membenarkan penganjuran konsert atau perhimpunan sosial semasa beliau menyampaikan khutbah, lapof  Khaleej Times, baru-baru ini.

Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh menjatuhkan hukuman penjara tersebut terhadap Sheikh Saleh al-Talib.

Pihak berkuasa Arab Saudi mula-mula menahan Saleh pada 2018 dan tidak memberikan alasan untuk penahanannya, yang dibuat selepas dia menyampaikan khutbah  mengkritik Penguasa Hiburan Am.

Badan kerajaan itu bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan Arab Saudi.

Beliau  mengecam penganjuran konsert dan acara sosial  yang menurutnya, melanggar norma agama dan budaya negara.

Imam itu mempunyai pengikut di seluruh dunia,  dengan beribu-ribu ribuan  menonton khutbah dan bacaan Al-Qurannya di laman YouTube.

Penahanannya berlaku ketika Putera Mahkota  Mohammed Salman meneruskan usahan untuk meneraju reformasi masyarakat Arab Saudi dan mempelbagaikan ekonomi negara  yang sebelum ini bergantung kepada sumber minyak.

Khaleej Online melaporkan bahawa dalam khutbahnya, Sheikh Saleh yang juga berkhidmat sebagai hakim di Makkah, mengejek percampuran lelaki dan wanita bukan mahram di konsert dan acara hiburan lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI