fbpx

Alisha Haura derita masalah otak, sumbing lelangit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurmelisa dan Muhamad Azam tabah menjaga Alisha Haura di rumah mereka di Taman Kulim Square, Kulim semalam.

KULIM – Sepasang suami isteri cekal menempuh dugaan hidup dan bertekad menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada anak tunggal mereka yang me­ngalami masalah pada otak se­belah kiri dan sumbing lelangit sejak lahir.

Nurmelisa Ishak, 22, berkata, Alisha Haura Muhamad Azam Amirul berusia setahun enam bulan masih belum boleh duduk atau berdiri dalam tempoh lama.

“Alisha masih tidak boleh berjalan dalam tempoh lama yang mana kebanyakan masanya ha­nya mampu terbaring atau meniarap sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kulim Square di sini semalam.

Cerita Nurmelisa, jari telunjuk kanan Alisha juga bengkok dan perlu menjalani pembedahan.

“Buat masa ini pembedahan yang perlu dilakukan adalah pada bahagian lelangitnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan kami belum dimaklumkan tentang kos pembedahan tersebut.

“Pembedahan itu bagaimanapun sudah tiga kali tertangguh kerana doktor memaklumkan keadaan anak saya yang tidak mengizinkan,” ujarnya.

Menurutnya, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk berulang-alik ke hospital berkenaan.

“Setiap kali ke Ipoh kami akan mengeluarkan kos perbelanjaan sebanyak RM200 kerana perlu meminjam kereta atau menum­pang kereta rakan-rakan kerana tidak mempunyai kenderaan.

“Biasanya Alisha perlu menjalani pemeriksaan di hospital itu setiap sekali atau dua kali sebulan,” jelasnya.

Katanya lagi, suaminya hanya bekerja di sebuah kilang di kawasan Kulim Hi Tech dengan pendapatan RM1,300 sebulan dan ia digunakan untuk membayar sewa rumah serta perbelanjaan harian.

Ujarnya, mereka belum mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dan dia tidak bekerja kerana perlu memberi tumpuan kepada Alisha.

Katanya, Alisha Haura pernah dihantar ke menghantar bayinya itu ke pengasuh, namun bertahan seminggu sahaja.

“Saya pernah cuba untuk be­kerja, namun Alisha kurang sihat dan kerap demam sepanjang berada di rumah pengasuh.

“Mujurlah ibu saya tinggal bersama saya dan bekerja di sebuah kilang, maka dapatlah dia membantu kami serba sedikit,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu pasangan suami isteri itu boleh menghubungi mereka di talian 011-57456061 atau me­nyalurkan ke akaun Public Bank 6922572035 atas nama Nurmelisa Ishak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI