fbpx

Sukarelawan Thailand bantu ikan lumba-lumba hampir mati kembali sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN memberi Paradon minum susu di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Laut dan Pantai di wilayah Rayong. - Sakchai Lalit/WAPT

BANGKOK – Seekor anak ikan lumba-lumba yang ditemui sakit oleh nelayan Thailand akhirnya sembuh dengan bantuan sepasukan sukarelawan di wilayah Rayong, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Ikan bernama Paradon yang bermaksud ‘ikatan persaudaraan’ itu pada awalnya disangka akan mati akibat penyakit selepas diselamatkan dari fenomena air pasang surut bulan lalu.

Pakar meramalkan peluang tipis kepada ikan lumba-lumba itu untuk terus hidup selepas didapati berada dalam keadaan kritikal kerana ia pada awalnya perlu dipegang di dalam air oleh sukarelawan.

“Kami berkata sesama sendiri bahawa peluang untuk ia bertahan agak rendah berdasarkan keadaannya. Biasanya, ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di pantai berada dalam keadaan yang begitu teruk. 

“Kemungkinan ikan lumba-lumba ini untuk bertahan biasanya sangat tipis, namun kami cuba memberikan yang terbaik untuknya pada hari itu,” kata doktor haiwan, Thanaphan Chomchuen dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Laut dan Pantai di wilayah Rayong.

Doktor-doktor haiwan dan kakitangan bermain dengan Paradon selain memberinya susu dan membantunya melatih kemahiran pergerakan di habitat yang kecil.

Ia dijaga sepanjang masa oleh pasukan sukarelawan yang berdedikasi untuk membimbingnya dalam pemulihan.

Paradon bagaimanapun masih belum boleh dilepaskan ke laut kerana sukarelawan masih berjuang untuk memastikan ia  makan setiap 20 minit atau lebih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI