fbpx

SDPMIT bina lima gudang baharu di BBR Industrial Gateway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmir (tiga dari kiri) pada majlis pecah tanah projek gudang baharu di Bandar Bukit Raja Industrial Gateway, Klang semalam.

KLANG- Projek pembinaan lima gudang baharu berkonsepkan Ready Built Warehouse (RBW) di Bandar Bukit Raja (BBR) Industrial Getaway  oleh Sime Darby Property MIT Development Sdn. Bhd. (SDPMIT) bakal menjadi pencetus untuk menggalakkan lagi industri logistik di negara ini.

SDPMIT  diwakili oleh tiga entiti iaitu Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property), Mitsui& Co. (Mitsui) dan Mitsubishi Estate Co. Ltd (Mitsubishi Estate)

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, usaha sama tersebut bertepatan dengan persekitaran semasa seiring dengan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan dalam industri itu setelah ekonomi dunia kembali pulih.

“Ini adalah projek ketiga kami di sini selepas membina dua projek gudang Built-to-Suit pada tahun 2020 dan tahun lalu, dengan keluasan projek ini kira-kira 385,000 kaki persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah tapak pembinaan gudang RBW di sini.

Azmir menjelaskan, lima gudang tersebut sedang dalam pembinaan sejak  bulan lalu dan dijangka siap menjelang tahun hadapan.

Sebaik sahaja premis tersebut siap, ia akan disewakan kepada dua syarikat logistik, CEVA Logistics (Malaysia) Sdn. Bhd. (Ceva Logistics) dan S L NG Trading Agency Sdn. Bhd (S L NG).

“Sejak BBR wujud lebih dua dekad lalu yang merangkumi kawasan industri serta perumahan, nilai pembangunan kasar (GDV) bandar ini bernilai RM17.1 bilion dan ini membuatkan banyak pelabur yang ingin membuat pelaburan di BBR Industrial Gateway.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Ceva Logistics dan S L NG kerana memilih BBR Industrial Gateway sebagai lokasi hub perkhidmatan logistik mereka.

“SDPMIT akan memberi komitmen sepenuhnya kepada semua penyewa gudangnya dengan menyediakan perkhidmatan serta fasiliti yang terbaik di sini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI