fbpx

Ribut petir di seluruh negara kecuali Melaka malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan melibatkan 13 negeri sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, negeri yang terlibat adalah Perlis serta Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim

“Seterusnya, negeri Pulau Pinang di Seberang Perai Utara diikuti Perak di daerah Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Pantai Timur pula, di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang diikuti Terengganu di Hulu Terengganu serta Pahang di kawasan Raub dan Bentong,” katanya.

Tambah MetMalaysia, kawasan lain yang terlibat adalah WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,dan Selangor di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang

“Termasuk juga di Negeri Sembilan di Jelebu dan Seremban, serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

“Bagi Sarawak pula, melibatkan kawasan Betong, Sarikei, Sibu , Mukah dan Miri, manakala di Sabah, kawasan terjejas adalah Pantai Barat Papar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI