fbpx

PKR Perak mahu tanding lebih kerusi DUN berbanding PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (tiga dari kanan) bergambar bersama Barisan Kepimpinan Baharu Majlis Pimpinan Negeri, PKR Perak di Pejabat PKR Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mengesahkan akan bertanding lebih daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang berbanding PRU sebelum ini.

Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, meskipun rundingan kerusi parti berkenaan belum selesai, dia boleh mengesahkan bahawa akan ada pertambahan kerusi yang ditandingi parti tersebut di Perak.

“Ada tambahan. Itu pasti, berapa belum diputuskan kerana rundingan belum selesai tapi pertambahan memang ada, disahkan.

“Saya tidak boleh memberi satu jawapan yang muktamad tapi saya beri jaminan bahawa PKR akan bertanding lebih daripada bilangan kerusi dahulu (PRU-14),” katanya kepada pemberita pada sidang media pengumuman Barisan Kepimpinan Baharu Majlis Pimpinan Negeri, PKR Perak Sesi 2022-2025, di Pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Ditanya mengenai rundingan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang bagi PKR Perak, Lih Kang berkata, buat masa ini ia sudah mencapai hampir 90 peratus dan akan disambung semula selepas terhenti sebelum ini.

“Rundingan untuk kerusi DUN kita akan sambung kerana sebelum ini kita sudah dalam 80 hingga 90 peratus sudah selesai, sedikit sahaja lagi.

“Kami akan teruskannya dan dalam masa satu bulan kita akan muktamadkan senarai calon (PKR) untuk negeri Perak,” katanya.

Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, PKR menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN yang akan ditanding PKR pada PRU-15 bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI