fbpx

Perjanjian Serbia-Kosovo dimeterai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Albania di Kosovo menunggang basikal mereka di sepanjang jambatan Sungai Ibar di bandar Mitrovica pada 26 Ogos lalu. - AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Serbia dan Kosovo akhirnya memeterai ‘perjanjian berkaitan kebebasan pergerakan’ selepas mengharungi ketegangan memuncak selama berminggu-minggu, lapor laman berita RT kelmarin. 

Diplomat Utama Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell kelmarin mengumumkan perjanjian yang dimeterai antara Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dan Perdana Menteri Kosovo, Albin Kurti.

Berikutan pertemuan minggu lalu antara kedua-dua pemimpin tersebut di Brussels dan usaha susulan di Pristina dan Belgrade, Serbia bersetuju memansuhkan dokumen keluar masuk untuk pemegang kad pengenalan Kosovo. 

“Pristina juga bersetuju untuk tidak memperkenalkan dokumen bagi pemegang kad pengenalan Serbia,” kata Borrell dalam satu kenyataan.

Di bawah perjanjian tersebut, warga Serbia yang tinggal di bahagian utara wilayah yang terpisah itu serta penduduk Kosovo bebas melakukan perjalanan menggunakan kad pengenalan sedia ada mereka, jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Borrell memuji perkembangan tersebut dengan menyatakan bahawa pihaknya menemui penyelesaian yang memudahkan perjalanan antara Kosovo dan Serbia.

Beliau turut memuji tindakan Vucic dengan menyatakan bahawa Presiden Serbia itu telah menunjukkan sifat bertanggungjawab dan kepimpinan.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada penduduk Serbia kelmarin, Vucic menyifatkan rundingan dengan ‘orang Albania dari Kosovo’ itu sebagai sangat tidak berjaya dan amat sukar.

Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan bersama tidak akan pernah menjadi agenda kerana Belgrade tidak boleh melupakan bahawa Kosovo adalah sebahagian daripada Serbia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI