fbpx

Nooryana rindu beli makanan untuk Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luahan rindu Nooryana Najwa terhadap bapanya.

PETALING JAYA – “Sebagai anak perempuan, saya sangat rindu membeli dan memberi makanan kepadanya.”

Demikian luahan perasaan rindu Nooryana Najwa kepada bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nooryana menceritakan, pada hari ini dia pergi membeli barangan keperluan untuk rumah, namun tidak dapat melakukannya sendiri berikutan rasa bersalah.

“Selalu teringat ‘bossku’ (Najib) di penjara makan apa? Malah saya tidak mampu untuk membuat pesanan Starbucks hari ini disebabkan Yana tahu bossku mesti rindu ‘caramel macchiato’.

“Kalau sesiapa yang kenal bossku, kamu semua tahu yang beliau seorang penggemar makanan,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Sementara itu, Nooryana berharap agar dia dapat menikmati saat-saat indah itu kembali bersama bapanya.

“Saya berdoa satu hari nanti, saya dapat menikmati pengalaman itu kembali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI