fbpx

Luahan pembaca: Hargai jasa guru, mereka lahirkan pejuang kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURU-GURU Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling berarak membawa Jalur Gemilang sepanjang 23 meter di Kuala Pilah baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

Tahun ini merupakan tahun ke-65 kita menyambut kemerdekaaan. ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tema ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan bahawa seluruh rakyat Malaysia dalam satu keluarga tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama untuk membina negara bangsa yang berdaulat.

Sambutan kemerdekaan adalah saat terbaik untuk kita merenung dan merayakan sumbangan para guru dalam sejarah bangsa kita. Di tangan para guru ini lahir angkatan anak muda yang merupakan teras kepada kebangkitan nasionalisme di negara ini.

Sejarah kemerdekaan tidak dilatari dengan perjuangan tokoh politik semata-mata, tetapi para guru khususnya guru-guru Melayu telah memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Lahirnya Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS), Persatuan Guru Melayu Perak, Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang, Persatuan Guru Melayu Kedah adalah benteng mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu dan kumpulan pendesak kepada gerakan penjajah.

Kewujudan Maktab Perguruan Sultan Idris bagi Guru Melayu (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut menjadi markas kebangkitan semangat nasionalisme.

Gerakan perjuangan guru-guru Melayu dan tokoh ulama yang mendidik generasi muda ketika itu telah melahirkan pejuang tulen kemerdekaan.

Mohd Azizee Hasan
Presiden i-Guru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI