fbpx

Kugiran Masdo, K-Clique, Floor 88, Yonnyboii sedia bikin ‘havoc’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIKA terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui pemimat di MITC Melaka pada 4 hingga 6 November depan.

TIDAK ada yang lebih ‘havoc’ apabila beberapa kugiran dan band tempatan kegilaan ramai berpencak irama dalam sebuah panggung.

Tambahan pula, persembahan persembahan ‘gila’ mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Kini seperti banyaknya pihak penganjur sudah berani menganjurkan semula beragam acara hiburan, sebuah ‘rumah’ yang menyediakan bukan sahaja bersifat pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen dan kecantikan, tetapi juga ikut menyemarakkan dunia hiburan dengan persembahan daripada para artis.

Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, tahun ini jenama tersebut meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya gempak.

Melalui program yang diberi nama Havoc Midnight Concert, acara bertaraf festival tersebut akan berlangsung di beberapa lokasi.

Istimewanya juga, untuk acara Havoc Festival yang sudah masuk kali keenam ini, Tuan Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia sudi hadir bagi melancarkan festival ini pada 18 Julai di Panggung Asia, Gombak.

Lokasi pertama yang akan di’havoc’kan barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan K-Clique adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut turut pada 3 dan 4 September ini.

Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120.

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.

Paling menarik, jika kalian bakal terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4 hingga 6 November depan.

Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru.

Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember dan meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023.

Havoc Midnight Concert di selatan negeri ini akan berlangsung di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru!

“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan.

“Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap K-Clique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam.

“Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd.

Khalayak boleh membuat pilihan sama ada mahu ‘havoc’ di Shah Alam, Selangor, MITC, Melaka atau Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru! Tiket-tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.

Selain hiburan, turut berlangsung adalah festival makanan dan jualan yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI