fbpx

Kilang tertentu dibenar ternak ayam untuk eksport bermula Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar bercakap pada sidang akhbar Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan kilang tertentu sahaja menjalankan operasi menternak ayam secara khusus bagi tujuan eksport.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi tujuan itu kilang yang terpilih boleh mula menternak ayam bermula hari ini.

“Jemaah Menteri bersetuju membenarkan kilang tertentu di negeri tertentu untuk menternak ayam bagi tujuan eksport mulai sekarang.

“Kebiasaannya proses menternak memerlukan tempoh 30 hingga 34 hari. Ia boleh mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) untuk eksport berapa jumlah ayam mulai bulan Oktober nanti bukan serta merta,” katanya pada sidang akhbar Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini.

Terdahulu, pada 1 Jun 2023, Mafi melaksanakan sekatan eksport ayam membabitkan bekalan sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Namun, Annuar berkata, penternak ayam memohon supaya sekatan eksport ternakan itu diteliti semula selepas penternak kecil dan sederhana kini dilaporkan terpaksa menjual ayam pada harga rugi ekoran bekalan tersebut melebihi keperluan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan kebenaran eksport ayam itu mestilah tidak mengurangkan bekalan ayam untuk penggunaan domestik.

“Situasi itu perlu dikekalkan kerana dengan adanya bekalan yang lebih tinggi dari permintaan, harga ayam turun seperti sekarang.

“Memang harga ayam turun bawah RM9.40 (harga siling ayam). Bila turun tak boleh kurang bekalan,” katanya.

Tambah Annuar, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini juga akan memantau kilang yang dibenarkan eksport ayam berkenaan dalam memastikan bekalan tersebut cukup untuk keperluan dalam negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI