fbpx

Jokowi lulus dua nama vaksin Covid-19 buatan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak lelaki bersiap sedia untuk menerima dos vaksin Sinovac di Palu pada 19 Januari 2022. – AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meluluskan nama dua produk vaksin Covid-19 buatan tempatan yang kini memasuki fasa akhir ujian klinikal, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Agensi Penyeliaan Makanan dan Dadah (BPOM) Indonesia, Penny K. Lukito.

“Saya berbangga untuk Indonesia. Nama pertama adalah Indovac untuk vaksin keluaran Badan Perusahaan Milik Negara (BUMN). Kedua adalah vaksin Merah Putih dengan platform virus tidak aktif bernama Inavec,” kata Penny.

Menurut Penny, vaksin Indovac dengan platform protein gabungan semula sub-unit dibangunkan oleh Institut Biologi Molekul Eijkman bersama PT Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor.

Sementara itu, vaksin Inavac dengan platform virus yang tidak aktif dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Airlangga (Unair) dengan kerjasama penyedia kemudahan pengeluaran PT Biotis Pharmaceutical Indonesia.

Penny menyasarkan vaksin Indovac dan Inavac untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) daripada BPOM pada September 2022.

“Fasa dua (pembinaan vaksin) sudah dilalui dan hasilnya bagus. Ia dapat meningkatkan sistem imunisasi dan hasilnya tidak kurang dengan vaksin lain yang diterima EUA dengan teknologi yang sama,” katanya.

Buat masa ini, BPOM masih menjalankan semakan laporan penyelidikan ke atas beribu-ribu subjek yang menerima suntikan kedua di setiap makmal percubaan.

“Percubaan klinikal penggalak telah diluluskan untuk dijalankan pada penghujung tahun ini. Jadi program vaksinasi penggalak dengan vaksin domestik boleh diselesaikan sebelum akhir tahun,” kata Penny. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI