fbpx

Janda rugi RM56,000 tergoda tawaran RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Seorang warga emas tidak mampu berkata apa-apa setelah menyerahkan wang simpanannya RM56,000 kepada seorang wanita yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantar barangan sejak Julai lalu.

Mangsa yang berusia 76 berstatus janda bertindak melakukan transaksi kepada akaun suspek bagi mendapatkan ‘barangan’ yang dikirimkan dalam bentuk wang yang RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenda Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa yang juga ibu tunggal itu menerima panggilan daripada suspek pada pertengahan Julai lalu.

Katanya, mangsa telah diminta oleh suspek supaya membuat bayaran bagi membolehkannya menuntut wang tunai tersebut yang akan diserahkan sebaik sahaja bayaran penuh diperoleh.

“Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah membuat beberapa kali bayaran yang kononnya bagi kos penghantaran, cukai kastam dan denda oleh kerajaan.

“Transaksi pertama dibuat oleh mangsa pada 18 Julai dan diikuti beberapa pindahan wang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, pembayaran terakhir kepada suspek telah dibuat oleh mangsa pada awal bulan ini dengan suspek berjanji untuk menghantar wang tunai itu ke rumah selepas mangsa selesai membuat bayaran.

Walau bagaimanapun, wang RM1 juta yang dijanjikan tidak diberikan dan mangsa menyedari dirinya telah ditipu, seterusnya membuat laporan polis pada 28 Ogos 2022.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI