fbpx

Isteri OKU setia jaga suami lemah jantung, ada sakit buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD NASRUL memberi susu melalui tiub kepada bapanya yang terlantar sakit sambil diperhatikan Anita di rumah mereka di Taman Perling, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Kasih sayang seorang wanita warga emas kepada suaminya tidak pernah pudar sekalipun lelaki itu kini hanya terlantar sakit akibat pelbagai penyakit sejak awal bulan ini.Anita

Mohd. Salleh, 56, yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) juga tidak pernah mengeluh walaupun dia sendiri mengalami kesulitan untuk mengurus diri ekoran masalah pendengaran.

Menurut ibu kepada empat orang anak itu, suaminya, Ramli Ibrahim, 65, mula terlantar sakit setelah menjalani rawatan dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sejak dua minggu lalu.

“Suami menghidapi pelbagai penyakit antaranya lemah jantung, kencing manis, buah pinggang dan sawan.

“Sudah dua minggu dia terbaring dan mengalami sedikit masalah pernafasan ekoran paru-parunya yang berair dan berkahak,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perling di sini kelmarin.

Anita berkata, dia bersyukur apabila segala urusan bagi makan dan minum diuruskan oleh anak-anaknya termasuk untuk membersihkan badan dan me­nyalin lampin pakai buang.

Malah, katanya, anak ketiga iaitu Mohd. Nazri Ramli, 32, juga sanggup berhenti kerja untuk menjaga bapanya sepenuh masa.

Bagi Mohd. Nazri sendiri, dia yang sebelum ini bekerja sebagai peniaga kepak ayam bakar di Kuala Lumpur memilh untuk balik ke Johor Bahru bagi menguruskan bapanya.

“Buat masa ini saya tidak be­kerja sejak balik dari Kuala Lumpur kerana saya mahu menjaga bapa,” katanya.

Mohd. Nazri berkata, per­belanjaan untuk membeli susu amat mahal dan demi bapanya, dia sanggup mengeluarkan wang sakunya bagi tujuan berkenaan.

Dia yang masih bujang berkata, sebanyak RM800 sebulan diperlukan untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu boleh me­­­n­yalurkan sumbangan ke nombor akaun CIMB 7040468031 atau Maybank 151445130663 atas nama Ramli Ibrahim atau menghubungi Mohd. Naari Ramli.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI