fbpx

EPL: Thomas Tuchel ‘hidu’ kelemahan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING berjaya meledak dua gol ketika membantu Chelsea mengatasi Leicester 2-1 pada aksi di laman sendiri kelmarin. – AFP

LONDON – Chelsea menunjukkan semangat juang tinggi ketika menewaskan Leicester City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin meskipun ber­aksi dengan 10 pemain.

Pemain sayap, Raheem Sterling memberi kelegaan kepada pasukan tuan rumah apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua selepas pemain tengah, Conor Gallagher dilayangkan kad merah seawal minit ke-25.

Walaupun bertahan dengan baik, namun The Blues gagal untuk menamatkan perlawanan dengan aksi tanpa bolos apabila membenarkan Harvey Barnes menjaringkan satu gol saguhati buat pasukan pelawat.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui, masih banyak yang perlu diperbaiki oleh barisan pemainnya, terutamanya pada bahagian serangan apabila mensia-siakan deretan peluang pada perlawanan tersebut.

“Kami seperti hilang kepercayaan serta ketajaman di hadapan gol. Saya mahu berterus terang kerana kami langsung tidak berbahaya ketika situasi bola mati selain gagal menyudahkan setiap peluang yang ada.

“Saya tidak tahu mengapa perkara seperti ini terjadi lagi kerana ia boleh meletakkan pa­sukan dalam tekanan. Kami perlu hentikan perkara seperti ini dan mula tunjuk peningkatan,” katanya yang digantung pada perlawanan itu.

Pada masa sama, pengendali dari Jerman itu mengkritik tindakan Gallagher yang menyebabkan dia diarah keluar padang kerana ia membawa masalah kepada pasukan dalam baki perlawanan lebih sejam.

“Satu tindakan yang sangat tidak bijak daripada Conor dan saya tahu dia juga kecewa. Ia hampir ‘membunuh’ semangat rakan sepasukan yang lain serta sukar untuk kami melakukan analisis permainan,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI