fbpx

Demi Lovato pernah ketagih dadah, alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI LOVATO

TIDAK ramai mengetahui bahawa penyanyi cantik, Demi Lovato pernah bergelut masalah ketagihan alkohol dan dadah seawal usia 13 tahun.

Menerusi satu pendedahannya, penyanyi berusia 30 tahun itu mengakui mula mengambil dadah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada usia 13 tahun.

“Awalnya saya mengambil dadah yang diberikan doktor untuk mengurangkan kesakitan dan trauma selepas kemalangan.

“Namun, lama-kelamaan saya menjadi ketagih dan mula mengambil ubat sedemikian (dadah) secara berlebihan. Ibu menyedari hal tersebut, namun dia tidak berbuat apa-apa kerana memikirkan itu adalah cara terbaik saya untuk keluar daripada trauma akibat kemalangan,” jelasnya.

Ujar pelantun lagu Stone Cold itu lagi, dia mula mencuba pelbagai jenis dadah, termasuk kokain ketika berusia 17 tahun sekali gus bergelar seorang penagih dadah pada usia muda.

“Secara diam-diam saya juga mengambil alkohol sehingga ketagihan. Keadaan saya ketika itu sangat teruk.

“Namun, mujur saya kini telah bebas sepenuhnya daripada kedua-dua masalah tersebut selepas menerima rawatan pemulihan sebelum bergelar seorang penyanyi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI