fbpx

Budak perempuan bawa aligator bersiar-siar di taman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wally dengan tenang membiarkan orang yang tidak dikenali membelainya di taman di Philadelphia, Pennsylvania. -brimil/Twitter

WASHINGTON – Pengunjung sebuah taman awam di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan bersama aligator peliharaannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Klip video dari taman Love Park di Philadelphia itu dirakam pada Jumaat lalu. Ia memaparkan kanak-kanak itu berjalan bersama reptilia tersebut yang cuba menyejukkan badannya di lopak air.

Aligator bernama Wally itu memakai kolar pada leher. Maklumat pada kolarnya menyatakan bahawa Wally adalah haiwan peliharaan berlesen.

Wally  kelihatan sangat mesra dengan orang lain di taman tersebut dan membiarkan orang tidak dikenali membelainya.

Pemiliknya, Joie Henney adalah seorang pencinta reptilia yang memelihara beberapa ekor aligator. Tidak jelas siapa yang berjalan bersama Wally pada hari kejadian.

“Saya mengalami kemurungan yang teruk dan Wally membawa saya keluar daripada emosi tersebut,” kata Henney dalam satu temu bual tentang Wally.

Henney berkata, Wally didaftarkan secara persekutuan sebagai haiwan sokongan emosi dan mendakwa bahawa aligator adalah lebih mudah dilatih berbanding anjing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN