fbpx

Beruang merayau di sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Ban Canal, Parit 13 Sungai Nibong di sini, gempar apabila menemukan seekor beruang berkeliaran di sawah padi kawasan itu, hari ini.

SABAK BERNAM – Penduduk Ban Canal, Parit 13 Sungai Nibong di sini, gempar apabila menemukan seekor beruang berkeliaran di sawah padi sekitar kawasan itu, hari ini.

Kejadian pukul 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergerakan haiwan berkenaan di belakang rumahnya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu.

“Setibanya pukul 8 pagi, anggota kita dimaklumkan bahawa beruang dewasa itu dilihat kali terakhir memasuki kawasan kebun ubi di tengah sawah.

“Pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya di kawasan itu bagi mengesan beruang berkenaan.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI