fbpx

Banjir kilat terburuk sejak 15 tahun di Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak-anak Nur Lalilah membantu membersihkan rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Seri Kota Fasa Dua, Taiping hari ini. /FOTO WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di sini sehingga memaksa sebilangan penduduk terpaksa berpindah ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Ayer Kuning dan Trong.

Rata-rata mereka menyifatkan banjir kilat petang semalam itu sebagai antara yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut sejak 15 tahun lalu.

Seorang warga emas, Nur Lalilah Yang Yahaya, 79, dari Taman Seri Kota Fasa Dua di sini berkata, dia dan suaminya, Mohamad Shaiyuddin Ahmad, 83, sempat menyelamatkan diri semasa kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Makcik baru terjaga dari tidur dan terkejut apabila air naik secara mendadak hingga sampai paras pinggang.

“Ini kejadian banjir kedua yang terburuk sejak 15 tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurut Nur Lalilah, banjir kilat itu menyebabkan beberapa perabot yang baharu dibelinya serta peralatan elektrik rosak teruk.

“Kawasan perumahan ini memang kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat turun kerana ada sebatang sungai berhampiran.

“Sudah 43 tahun kami menetap di sini tetapi paras air yang naik semalam agak tinggi berbanding kejadian banjir kilat sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN