fbpx

Banjir kilat: KTMB sedia bas untuk pengguna terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di Stesen Komuter antara laluan Batang Benar ke Bangi yang tular di media sosial selepas tren terpaksa berpatah balik ekoran banjir kilat.

KAJANG – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyediakan beberapa buah bas bagi membawa pengguna komuter yang terkandas melibatkan dua laluan ekoran banjir kilat yang berlaku sebentar tadi.

KTMB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan laluan terlibat adalah dari Sungai Gadut, Tampin ke Batu Caves terpaksa ditamatkan di Batang Benar dan komuter diarahkan berpatah balik.

“Selain itu, Batu Caves ke Sungai Gadut yang ditamatkan di Bangi juga diarah berpatah balik.

“Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN